Kaji pernyataan berikut
Aloi lebih keras berbanding logam tulen
Anda diberikan blok loyang, blok aluminium, bola keluli, tali, pemberat 500 g dan kaki retort
(a) Cadangkan satu hipotesis untuk menyiasat pernyataan di atas. [1 markah]
(b) Jalankan satu eksperimen bagi menguji hipotesis di (a) berdasarkan kepada kreteria berikut.
(i) Tujuan eksperimen [1 markah]
(ii) Kenalpasti pembolehubah [2 markah]
(iii) Alatradas dan bahan [1 markah]
(iv) Kaedah [4 markah]
(v) Penjadualan data [1 markah]
Langkah untuk menjawab soalan
1) Lakarkan gambar rajah yang berkaitan terlebih dahulu seperti di bawah dengan menggunakan semua alat radas yang dinyatakan dalam soalan dan ditambah sekurang2 nya satu alat untuk pengukuran – pada g/rajah di bawah yang ditambah ialah pembaris
2. Perhatikan gambarajah dan dapatkan maklumat daripada gambarajah
Apakah yang sama/ pembolehubah yang dimalarkan (PU Malar)?
Apakah yang diubah/pembolehubah dimanipulasi (PUM)?
Apakah keputusannya/pembolehubah bergerakbalas (PUB)?
3. Bina hipotesis
Perkaitan antara pembolehubah dimanipulasi (PUM) dan pembolehubah bergerakbalas (PUB)
Cth: Jika..........(PUM)............................., maka.............(PUB)........................
Semakin...(PUM)............................, semakin.........(PUB)........................
4. Nyatakan tujuan eksperimen:
Ayat mesti di mulakan dengan untuk mengkaji kesan / untuk mengeksperimen kesan / untuk menyiasat kesan
Cth: Untuk mengkaji kesan .........(PUM)..............terhadap ..........(PUB)...................
5. Pembolehubah
Malar (pembolehubah yang ditetapkan sepanjang eksperimen)
Manipulasi (pembolehubah yang diubah-ubahkan dalam eksperimen)
Bergerak balas (keputusan eksperimen )
6. Bahan dan Alat radas
Semua yang disenaraikan dalam soalan perlu ditulis semula dan tambah sekurang-kurangnya satu alat untuk pengukuran.
7. Kaedah
Lukiskan gambarajah yang telah dilakarkan
Nyatakan langkah yang menerangkan pembolehubah dimalarkan
Nyatakan langkah yang menerangkan pembolehubah dimanipulasi
Nyatakan langkah yang menerangkan pembolehubah bergerakbalas
Jika keputusan tidak diperolehi pada masa yang sama, perlu dituliskan ayat ini
Alat radas/eksperimen dibiarkan selama ................................
Jika pelajar tiada idea untuk eksperimen tersebut, tuliskan ayat ini
Pemerhatian direkodkan dalam jadual data
8. Penjadualan Data
Lukiskan jadual
Jadual mesti Ada Tajuk jadual (PUM dan PUB)
PUM | PUB |
Data PUM | Data PUB tak diperlukan |
CONTOH JAWAPAN – DIGALAKKAN MENJAWAB DALAM BENTUK JADUAL
Hipotesis | Jika bongkah aloi digunakan, maka ke dalaman lekuknya kurang dalam | ||||||
Tujuan Eksperimen | Untuk mengkaji kekerasan aloi dan kedalaman lekuk yang terhasil | ||||||
Pembolehubah | Malar : jisim pemberat, jarak antara pemberat dan bola keluli Manipulasi : jenis bongkah logam Bergerakbalas : Kedalaman lekuk yang terhasil | ||||||
Alat Radas dan bahan | Bongkah loyang, bongkah aluminium, bola keluli, tali, pemberat 500 g dan kaki retort dan pembaris | ||||||
Kaedah | 1. Sediakan alatradas seperti gambarajah di atas 2. Gantungkan pemberat 500 g pada ketinggian yang sama pada dua kaki retort 3. Letakkan bongkah loyang dan bongkah aluminium di bawah pemberat yang digantung 4. Letakkan satu bola keluli di atas setiap bongkah logam tersebut 5. Jatuhkan pemberat ke atas bola keluli. 6. Catatkan ke dalaman lekukan yang terhasil pada kedua-dua bongkah ke dalam jadual data | ||||||
Penjadualan Data |
|
Tiada ulasan :
Catat Ulasan
Sila tinggalkan ulasan anda bagi mempertingkatkan isikandungan blog ini