iklan 1

Selamat berkunjung ke laman blog Cikgu Azmi Jaaffar, Semoga apa yang di paparkan di sini akan memberi manfaat kepada guru-guru dan pelajar untuk mempelajari SAINS........Hari-hari belajar SAINS, bila-bila masa & di mana-mana shj...... :) .
Memaparkan catatan dengan label teknik menjawab. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label teknik menjawab. Papar semua catatan

Rabu, 31 Oktober 2012

Teknik menjawab sains SPM 2012




Kredit kpd Cg Mohd Khairul Abadi Bin Puteh, SMK Raja Jumaat, Port Dickson, N9
http://www.slideshare.net/cikguabadi/teknik-menjawab-sains-spm-2012

Isnin, 22 Oktober 2012

Analisa soalan Sains SPM bahagian C no 11 dan 12 2003- 2012

Soalan Kemahiran Berfikir No 11 dan 12
Tahun
Penyelesaian Masalah
Membuat keputusan
Mengkonsepsi
2003 X (gris pada baju) ….. X (tindakan terkawal)
2004 X (mendapatkan hablur gula) X (awet buah-buahan) …..
2005 X (mencegah kakisan) ….. X (perubahan fizik)
2006 ….. X (Pilih jenis roti) X (Gelombang radio)
2007 X (mencegah pencemaran ….. X (Termoplastik)
2008 X (mencegah demam denggi) X (Pilih jenis kereta berdasarkan ciri keselamatan)…..
2009 X (Mencegah banjir kilat) ….. X (Aloi)
2010 X (menghlg pengaratan sudu besi) X (penylsian masalah kesihatan) …..
2011 ….. X ( mjadikn baju hijau n seluar hitam) X (sebatian organic)
2012 ??? ??? ???

Soalan berbentuk apakah yang anda ramalkan akan keluar pada tahun 2012???...Nantikan entri seterusnya  cikgu akan cuba berikan contoh2 soalan berbentuk penyelesaian masalah, membuat keputusan dan mengkonsepsi....tunggu ya....

Sabtu, 20 Oktober 2012

ANALISA SOALAN NO 10 SPM 2003-2011

ANALISA SOALAN NO 10 (WAJIB JAWAB) SPM 2003-2011
TAHUN
PERNYATAAN YANG DIBERIKAN
2003 Unsur nitrogen mempengaruhi pertumbuhan pokok (TING 5)
2004 Asid dan alkali mempengaruhi penggumpalan lateks (TING 5)
2005 Apabila cahaya putih dipancarkan melalui penapis berwarna primer, satu cahaya tertentu melaluinya (TING 4)
2006 Aloi dan logam tulen mempunyai sifat tahan kakisan yang berbeza (TING 4)
2007 Aloi lebih keras daripada logam tulennya (TING 4)
2008 Kekonduksian elektrik bagi logam dan bukan logam adalah berbeza (TING 4)
2009 Jarak fokus kanta cembung bergantung kepada ketebalan kanta (TING 4)
2010 Pertumbuhan bacteria adalah lebih baik dlm keadaan gelap bbdg bercahaya (TING 5)
2011 Tumbuhan memerlukan nutrient yg mencukupi utk pertumbuhan yg sihat (TING 5)
2012 TING 4 ?? @ TING 5 ?? - ulangkaji semua tajuk2 yg ada eksperimen PEKA

**Pelajar2 sekelian, untuk membuat ramalan soalan yang berkemungkinan akan keluar semasa peperiksaan sebenar SPM nanti, anda semua mestilah telah mengulangkaji semua topik ting4 dan ting5. 


Selasa, 18 September 2012

Tips Menjawab Sains PMR (Kertas 2)


SAINS PMR (Kertas 2)
Pelajar wajib baca!!!
Praktikkan dalam menjawab kertas 2...insyallah anda akan berjaya...

  1. Pastikan tulisan anda jelas dan mudah untuk dibaca.
  2. Elakkan menggunakan singkatan perkataan.
  3. Jika pilihan jawapan disediakan, pastikan ejaan tepat sepertimana yang diberikan itu.
  4. Boleh menggunakan istilah bahasa Inggeris meski pun menjawab dalam bahasa Melayu.
  5. Teliti setiap soalan. Baca setiap soalan sebanyak dua kali.
    Kali pertama untuk mendapatkan idea/gambaran secara umum terhadap apa yang ditanya.
    Kali ke dua baca dan garis/tanda apa yang sebenarnya dikehendaki oleh soalan tersebut
    .
  6. Bagi soalan yang diperuntukkan dua markah, biasanya jawapan yang diberikan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya dua fakta yang benar atau kenyataan yang diberikan itu mestilah yang lengkap.
  7. Jawapan yang melibatkan eksperimen, mestilah berdasarkan eksperimen itu sendiri.
  8. Pastikan anda dapat membaca nilai pengukuran dengan tepat.
  9. Bagi tujuan penglabelan gambarajah
    - gunakan garis lurus dan mestilah berada tepat pada bahagian yang hendak dilabel itu
  10. Bagi jawapan yang berbentuk graf, pastikan betul-betul jenis graf yang dikehendaki. Samaada
    graf /carta bar atau graf biasa (garisan)
  11. Pastikan anda menggunakan perkataan, istilah atau ayat yang tepat bagi menerangkan sesuatu perkara terutama yang melibatkan istilah-istilah khas sains
  12. Bagi soalan yang melibatkan pengiraan, markah diberikan berdasarkan :
    Tulis rumus - 1 markah. Pindah nilai - 1 markah & Jawapan (dgn unit yg betul) - 1 markah 
  13. Bagi soalan yang berkaitan dengan pengelasan :
    - melibatkan kemahiran proses sains MEMERHATI (observasion)
    - pernyataan sifat negatif TIDAK diterima apabila mencirikan benda hidup
    - pengelasan mestilah melibatkan kesemua spesis / objek yang tersenarai
  14. Pastikan anda benar-benar memahami konsep-konsep berikut :
    INFEREN
    Kesimpulan awal untuk menerangkan KESAN dan AKIBAT mengenai sesuatu perkara berdasarkan
    pengalaman lepas Cth: Lilin dalam balang P menyala paling lama KERANA mendapat bekalan
    udara paling banyak 

    HIPOTESIS
    Kenyataan (keterangan) yang yang difikirkan benar untuk menerangkan sesuatu perkara.
    Merupakan suatu ramalan mengenai hubungan antara dua variable (atau lebih).
    Biasanya hubungan di antara manupulated dan responding variable.
    Bina hipotesis menggunakan salah satu daripada perkataan berikut :Semakin/Jika/Apabila

    HUBUNGAN (sama seperti hipotesis)

    DEFINASI SECARA OPERASI
    Proses memberi definasi tentang sesuatu konsep/keadaan dgn. Menyatakan perkara yang
    perlu dilakukan dan diperhatikan

    VARIABLE (pemboleh ubah)
    Manipulated variable : Sesuatu yang kita ubahsuai dalam (dalam sesuatu eksperimen)
    Responding variable : Sesuatu yang kita jangkakan akan berubah hasil daripada perubahan
    manipulated variable tadi
    Fixed variable : Faktor yang ditetapkan bagi mengelaknya daripada mempengaruhi 
    (malar) keputusan eksperimen

source:http://www.tengkuazmi.smkkandis.ne