iklan 1

Selamat berkunjung ke laman blog Cikgu Azmi Jaaffar, Semoga apa yang di paparkan di sini akan memberi manfaat kepada guru-guru dan pelajar untuk mempelajari SAINS........Hari-hari belajar SAINS, bila-bila masa & di mana-mana shj...... :) .

Ahad, 5 Februari 2012

Kaedah Lakar Pecut Soalan No 10

Soalan 1

Kaji pernyataan berikut

Bendasing mempengaruhi takat didih air suling


Anda diberikan garam, air suling, sudu, 2 bikar, kasa dawai, penunun bunsen dan tungku kaki tiga

(a) Cadangkan satu hipotesis untuk menyiasat pernyataan di atas. [1 markah]

(b) Jalankan satu eksperimen bagi menguji hipotesis di (a) berdasarkan kepada kreteria berikut.

(i) Tujuan eksperimen [1 markah]

(ii) Kenalpasti pembolehubah [2 markah]

(iii) Alatradas dan bahan [1 markah]

(iv) Kaedah [4 markah]

(v) Penjadualan data [1 markah]




Langkah untuk menjawab soalan

1) Lakarkan gambar rajah yang berkaitan terlebih dahulu seperti di bawah dengan menggunakan semua alat radas yang dinyatakan dalam soalan dan ditambah sekurang2 nya satu alat untuk pengukuran – pada g/rajah di bawah yang ditambah ialah termometer

2. Perhatikan gambarajah dan dapatkan maklumat daripada gambarajah
Apakah yang sama/ pembolehubah yang dimalarkan (PU Malar)?
Apakah yang diubah/pembolehubah dimanipulasi (PUM)?
Apakah keputusannya/pembolehubah bergerakbalas (PUB)?


3. Bina hipotesis
Perkaitan antara pembolehubah dimanipulasi (PUM) dan pembolehubah bergerakbalas (PUB)

Cth: Jika..........(PUM)............................., maka.............(PUB)........................

Semakin...(PUM)............................, semakin.........(PUB)........................


4. Nyatakan tujuan eksperimen:
Ayat mesti di mulakan dengan untuk mengkaji kesan / untuk mengeksperimen kesan / untuk menyiasat kesan

Cth: Untuk mengkaji kesan .........(PUM)..............terhadap ..........(PUB)...................


5. Pembolehubah
Malar (ditetapkan sepanjang eksperimen)
Manipulasi (yang diubah-ubah semasa eksperimen)
Bergerak balas (keputusan akibat perubahan PUM)


6. Bahan dan Alat radas
Semua yang disenaraikan dalam soalan perlu ditulis semula dan tambah sekurang-kurangnya satu alat untuk pengukuran.


7. Kaedah
Lukiskan gambarajah yang telah dilakarkan
Nyatakan langkah yang menerangkan pembolehubah dimalarkan
Nyatakan langkah yang menerangkan pembolehubah dimanipulasi
Nyatakan langkah yang menerangkan pembolehubah bergerakbalas
Jika keputusan tidak diperolehi pada masa yang sama, perlu dituliskan ayat ini
Alat radas/eksperimen dibiarkan selama ................................
Jika pelajar tiada idea untuk eksperimen tersebut, tuliskan ayat ini
Pemerhatian direkodkan dalam jadual data


8. Penjadualan Data
Lukiskan jadual
Jadual mesti Ada
Tajuk jadual (PUM dan PUB)
Data PUM
Data PUB tak diperlukan



CONTOH JAWAPAN – DIGALAKKAN MENJAWAB DALAM BENTUK JADUAL



Hipotesis

Jika garam ditambah ke dalam air suling, maka takat didihnya berubah kepada 104 oC

Tujuan Eksperimen

Untuk mengkaji kesan kehadiran bendasing terhadap takat didih air suling

Pembolehubah

Malar : Isipadu air suling
Manipulasi : Kehadiran garam
Bergerakbalas : Takat didih air suling

Alat Radas dan bahan

Garam, Air suling, 2 bikar, sudu, penunun bunsen, tungku kaki tiga, kasa dawai, dan termometer

Kaedah



1. Sediakan alatradas seperti gambarajah di atas
2. Masukkan 50 ml air suling ke dalam kedua-dua bikar
3. Masukkan satu sudu garam ke dalam salah satu bikar
4. Panaskan kedua-dua bikar sehingga air suling mendidih dengan menggunakan penunun bunsen.
5. Catatkan takat didih air suling tanpa garam dan takat didih air suling + garam dengan menggunakan termometer
6. Catatkan keputusan takat didih air suling ke dalam jadual data

Penjadualan Data


Kehadiran bendasingTakat didih
Air suling
Air suling + garam

1 ulasan :

  1. Pelajar ting 5 2012 smk maokil, sila salin gambarajah dan contoh jawapan dalam buku lakar pecut....guna buku kecil tak payah tebal...

    BalasPadam

Sila tinggalkan ulasan anda bagi mempertingkatkan isikandungan blog ini