iklan 1

Selamat berkunjung ke laman blog Cikgu Azmi Jaaffar, Semoga apa yang di paparkan di sini akan memberi manfaat kepada guru-guru dan pelajar untuk mempelajari SAINS........Hari-hari belajar SAINS, bila-bila masa & di mana-mana shj...... :) .

Isnin, 12 Mac 2012

soalan lakar pecut 4 ting 4

Soalan lakar pecut 4




Kaji pernyataan di bawah



Logam-logam berbeza menunjukkan kereaktifan yang berlainan dengan asid cair



Anda diberi serbuk magnesium, serbuk aluminium, serbuk zink, asid hidroklorik cair, air, salur pengantar, tabung uji, besen dan penyumbat getah



a) berdasarkan kenyataan di atas, tuliskan satu hipotesis yang sesuai



b) huraikan satu eksperimen yang boleh dijalankan dimakmal untuk membuktikan hipotesis tersebut.



Huraian anda harus mengandungi perkara berikut:



i. tujuan eksperimen

ii. kenalpasti pembolehubah

iii. senarai radas dan bahan

iv. kaedah

v. penjadualan data





Langkah untuk menjawab soalan



1) Lakarkan gambar rajah yang berkaitan terlebih dahulu seperti di bawah dengan menggunakan semua alat radas yang dinyatakan dalam soalan dan jika perlu ditambah sekurang2 nya satu alat untuk pengukuran.- selinder penyukat









2. Perhatikan gambarajah dan dapatkan maklumat daripada gambarajah

Apakah yang sama/ pembolehubah yang dimalarkan (PU Malar)?

Apakah yang diubah/pembolehubah dimanipulasi (PUM)?

Apakah keputusannya/pembolehubah bergerakbalas (PUB)?



3. Bina hipotesis

Perkaitan antara pembolehubah dimanipulasi (PUM) dan pembolehubah bergerakbalas (PUB)

Cth: Jika..........(PUM)............................., maka.............(PUB)........................

Semakin...(PUM)............................, semakin.........(PUB)........................



4. Nyatakan tujuan eksperimen:

Ayat mesti di mulakan dengan untuk mengkaji kesan / untuk mengeksperimen kesan / untuk menyiasat kesan

Cth: Untuk mengkaji kesan .........(PUM)..............terhadap ..........(PUB)...................



5. Pembolehubah

Malar (pembolehubah yang ditetapkan sepanjang eksperimen)

Manipulasi (pembolehubah yang diubah-ubahkan dalam eksperimen)

Bergerak balas (keputusan eksperimen )



6. Bahan dan Alat radas

Semua yang disenaraikan dalam soalan perlu ditulis semula dan tambah sekurang-kurangnya satu alat untuk pengukuran.



7. Kaedah

Lukiskan gambarajah yang telah dilakarkan

Nyatakan langkah yang menerangkan pembolehubah dimalarkan

Nyatakan langkah yang menerangkan pembolehubah dimanipulasi

Nyatakan langkah yang menerangkan pembolehubah bergerakbalas



Jika keputusan tidak diperolehi pada masa yang sama, perlu dituliskan ayat ini

Alat radas/eksperimen dibiarkan selama ................................



Jika pelajar tiada idea untuk eksperimen tersebut, tuliskan ayat ini

Pemerhatian direkodkan dalam jadual data



8. Penjadualan Data

Lukiskan jadual

Jadual mesti Ada Tajuk jadual (PUM dan PUB)



<><><> 
PUMPUB
Data PUMData PUB tak diperlukan


CONTOH JAWAPAN – DIGALAKKAN MENJAWAB DALAM BENTUK JADUAL



Hipotesisisemakin reaktif logam, semakin cepat tindak balas logam dengan asid cair.
Pernyataan MasalahUntuk mengkaji hubungan antara kereaktifan logam dan kecergasan tindak balas
Pembolehubah

malar : jisim serbuk logam

Manipulasi : jenis serbuk logam

Bergerakbalas : kecergasan tindakbalas / isipadu gas terkumpul

Alat radas dan bahanserbuk magnesium, serbuk aluminium, serbuk zink, asid hidroklorik cair, salur penghantar, penyumbat getah, tabung uji, besen, selinder penyukat.
Kaedah


1. Sediakan alat radas seperti rajah di atas

2. Masukkan 20 ml asid hidroklorik cair ke dalam tabung uji

3. Masukkan 10 g serbuk magnesium ke dalam tabung uji yang mengandungi asid hidroklorik cair tersebut

4. Sambungkan salur penghantar yang di letakkan dalam besen mengandungi air bersama dengan selinder penyukat

5. catatkan isipadu gas yang terkumpul selepas 5 minit

6. ulangi langkah 2-5 bagi serbuk aluminium dan zink

7. catatkan isipadu gas terkumpul dalam jadual data



Penjadualan Data

jenis serbuk logamkecergasan tindakbalas/isipadu gas terkumpul selepas 5 minit
serbuk magnesium……….
serbuk aluminium……….
serbuk zink……….


Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Sila tinggalkan ulasan anda bagi mempertingkatkan isikandungan blog ini